Pages

Tuesday, May 25, 2010

Tafsir Mimpi Menurut Islam, Mimpi Berkaitan Peristiwa Atau Kejadian

1. Bermimpi menunaikan solat alamatnya akan sempurna kerja di dunia dan akhirat.

2. Bermimpi berlaku perang sabil atau anda akan menunaikan haji alamatnya dosa
anda akan diampunkan dunia dan akhirat

3. Bermimpi memasuki masjid haram atau melakukan tawaf di baitulallah alamatnya
anda akan mendapat pahala dan nikmat akhirat dan jika seseorang itu berada
dalam kesakitan ia akan segera sembuh

4. Bermimpi beri sedekah atau zakat fitrah anda akan berasa suka cita dan aman
bahagia

5. Bermimpi memohon doa kepada Allah Taala atau membaca qur'an di rumah anda
alamatnya anda akan terlepas daripada bahaya atau sempurna sesuatu pekerjaan
yang dilakukan

6. Jika bermimpi membaca qur'an dengan suara yang lanjut alamatnya panjang usia
anda

7. Jika bermimpi berpuasa alamatnya anda akan mendapat kekayaan atau menjadi
orang yang berpakat besar

8. Jika bermimpi diri anda dalam keadaan bersujud alamatnya anda akan bertapa

9. Bermimpi sembahyangkan jenazah memberi alamat anda akan mendapat pahala di
dunia dan akhirat

10. Jika bermimpi melihat pelita atau sesuatu yang menyala menandakan pekerjaan
yang anda lakukan tidak dapat dilakukan oleh orang lain Bermimpi diri atau
rumah anda terbakar menandakan anda akan mendapat ilmu kebajikan di dunia dan
akhirat

11. Jika bermimpi melihat jalan masuk ke kebun atau sesuatu kawasan alamatnya
anda akan mendapat berita yang gembira

12. Jika bermimpi melihat jalan yang lurus memberi alamat anda akan melakukan
segala suruhan Allah Taala Jika bermimpi melihat jalan ke pekan memberi
petunjuk anda akan mendapat keuntungan yang besar

13. Jika bermimpi melihat jalan yang sempit alamatnya anda akan mengalami
kesukaran

14. Bermimpi perisai terlalu banyak di rumah anda alamatnya rumah anda
dipeliharan daripada sebarang kejahatan

15. Bermimpi mengenai anak panah menandakan anda akan mendapat surat Jika
bermimpi diri di panah orang alamatnya anda akan mengirim berita kepada orang

16. Bermimpi memanah kayu menandakan akan berlaku kematian

17. Bermimpi bermain besi memberi alamat sebarang pekerjaan yang dilakukan akan
diakhiri dengan kejayaan

18. Bermimpi bermain dengan senjata menandakan seseorang itu akan mendapat
kebaikan daripada apa yang dilakukan untuk kebajikan Bermimpi mengenai
permata membawa petanda anda akan mendapat harta atau kenaikan pangkat

19. Bermimpi memakai gelang perak di kaki alamatnya anda akan mendapat kebajikan
20. Bermimpi duit terbelah dua alamatnya anda akan bergaduh

21. Bermimpi bertengkolok besar atau berbaju besar anda akan menjadi orang
berpengaruh atau berpangkat besar

22. Bermimpi berkain hijau alamatnya segala kerja yang dilakukan akan mendapat
keredhaan Allah Taala.

23. Bermimpi memakai kain memberi alamat anda akan mendapat keuntungan yang besar

24. Jika bermimpi kain di pinggang terkoyak alamat keluarganya akan mati dan
kalau terkoyak baju alamat kematiannya

25. Bermimpi mengenai bunyi gendang di dalam rumah alamatnya pekerjaan anda
diberkati

26. Jika bermimpi bunyi rebab alamat beroleh kegembiraan dalam hidup

27. Jika bermimpi makan kuih apam alamatnya anda akan mendapat harta dan jika
makan sehidangan dengan raja atau orang besar kehendak anda akan tercapai

28. Bermimpi makan gula alamatnya seseorang akan berduka cita

29. Bermimpi makan makanan masam memberi alamat anda akan sakit atau berduka cita

Jika bermimpi memakan ubat alamatnya anda akan berada dalam keadaan aman dan
sentosa

30. Sekiranya bermimpi diri anda telah sembuh dari demam, menandakan cita-cita
anda akan berjaya.

31. Jika bermimpi muka anda merah atau hitam menandakan anda akan mendapat bahaya.

32. Jika bermimpi gigi anda patah menandakan saudara anda akan mendapat
kemalangan atau mati.

33. Jika bermimpi diri anda dipukul orang atau mengalami perdarahan menandakan
anda akan kehilangan harta.

34. Jika bermimpi dimarahi guru, menandakan anda akan dimurkai oleh orang-orang
besar.

35. Jika bermimpi rumah anda atau rumah orang lain runtuh alamatnya anda akan
difitnah.

36. Jika bermimpi naik ke rumah besar atau mahligai yang indah anda akan
memperoleh kebesaran di dunia dan akhirat.

37. Jika bermimpi membuat rumah atau dinding alamatnya anda akan memperolehi
kekayaan dan selamat dalam kerjaya anda.

38. Jika bermimpi melihat rumah yang tinggi menandakan anda akan berkawan dengan
orang jahat

39. Bermimpi tangga rumah patah menandakan anda akan dikhianati

40. Sekiranya di dalam mimpi anda anda berwudhuk alamatnya pekerjaan anda akan
sempurna

41. Jika bermimpi tidak boleh berenang atau sesak nafas yang teramat sangat
menandakan anda akan memperoleh harta atau ilmu

42. Sekiranya anda bermimpi berjalan atau berlayar ke sesuatu tempat yang jauh
menandakan anda akan dipermuliakan orang

43. Bermimpikan ayam sabung menyambung menandakan anak lelaki anda akan berkawan
dengan orang baik

44. Jika bermimpi melihat Allah Taala dengan ketiadaan yang menyerupai baginya
dengan sesuatu , segala kehendak akan diperolehnya dan dialah Wali Allah yang
beroleh kebesaran di dunia dan akhirat

45. Sekiranya seseorang bermimpi melihat Rasulullah s.a.w anda akan masuk syurga

46. Jika bermimpi melihat malaikat Jibrail a.s datang kepada anda, anda akan
mendapat pahala di dunia dan akhirat

47. Jika di dalam mimpi seseorang itu melihat titian siratulmustaqim, seseorang
itu akan mendapat pekerjaan yang baik dan dijauhi daripada kejahatan

48. Sekiranya bermimpi melihat pendita atau fakir, anda akan dikurniakan sesuatu
oleh Allah s.a.w

49. Sekiranya bermimpi melihat lelaki lebih ramai daripada perempuan menandakan
anda akan mendapat kebajikan

50. Jika bermimpi memegang dakwat atau kalam, alamatnya anda akan memperoleh
isteri, ilmu dan harta yang halal

51. Jika bermimpi mata atau tubuh anda bercahaya alamatnya anda akan memperoleh
kebajikan dengan sempurna

52. Jika bermimpi mencukur bulu ketiak menandakan anda akan terlepas dari harta
yang ditanggung

53. Jika bermimpi berjumpa dengan orang alim alamatnya anda akan menjadi penghulu
besar

54. Jika bermimpi memotong rambut menandakan anda akan bercerai dengan isteri

55. Bermimpi membuang darah menandakan anda akan sembuh dari penyakit

56. Jika bermimpi paras anda mempunyai perempuan alamatnya anda akan memperoleh
harta atau anak

57. Jika bermimpi diri anda mati menandakan anda akan panjang umur tetapi jika
bermimpi mati hidup semula alamatnya kehendak anda akan diperoleh

58. Sekiranya diri anda bermimpi dibawa ke kubur alamatnya anda akan beroleh
kekayaan

59. Jika bermimpi kanak-kanak datang kepada anda menandakan anda akan memperoleh
harta yang banyak

sumber : jessyazimah.blogspot.com

No comments:

Post a Comment